KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menzahirkan rasa kagum dan bangga terhadap legasi kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang disifatkan sebagai seorang tokoh berwawasan, berintegriti serta mempunyai komitmen tinggi dalam memacu pembangunan negara. Paduka Baginda bertitah, dokumentari Man Who Walked the Talk: The Tun Razak Story bukan sahaja memberikan gambaran lebih mendalam mengenai perjalanan hidup dan keperibadian Allahyarham, malah mengetengahkan pemikiran, wawasan serta hubungan Allahyarham dengan tokoh-tokoh yang pernah bersama-sama beliau sepanjang menerajui kepimpinan negara.“Secara peribadi, saya begitu kagum dan teruja dengan dokumentari ini serta perkongsian daripada tetamu yang menceritakan hubungan mereka dengan…
Author: Kesultanan Pahang
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan tayangan dokumentari 𝘔𝘢𝘯 𝘞𝘩𝘰 𝘞𝘢𝘭𝘬𝘦𝘥 𝘵𝘩𝘦 𝘛𝘢𝘭𝘬: 𝘛𝘩𝘦 𝘛𝘶𝘯 𝘙𝘢𝘻𝘢𝘬 𝘚𝘵𝘰𝘳𝘺 di Aurum Theatre, The Exchange TRX, di sini hari ini. Keberangkatan tiba Paduka Baginda berdua disambut oleh Yang Dihormat Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib; Pengerusi Yayasan Tun Razak, Tan Sri Nazir Razak serta ahli keluarga Allahyarham Tun Razak. Turut hadir adalah tokoh veteran dan negarawan terkemuka dalam arena politik Malaysia, YM Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa…
CYBERJAYA 9 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan polo ‘𝑪𝒉𝒂𝒓𝒊𝒕𝒚 𝑺𝒉𝒊𝒆𝒍𝒅 𝑷𝒐𝒍𝒐 𝑻𝒐𝒖𝒓𝒏𝒂𝒎𝒆𝒏𝒕’ antara pasukan Sri Bendahara dengan Citaglobal La-Raza di Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC), Cyberjaya di sini semalam. Pasukan Sri Bendahara yang diketuai YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menang pada perlawanan tersebut dengan keputusan 7 berbalas 4.5. Lebih manis, YAM Tengku Arif Bendahara turut menyumbang dua jaringan yang amat menarik.- KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 7 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, semalam. Almarhumah yang merupakan adinda kepada isteri Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun. Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita serta merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat dan…
CYBERJAYA, 3 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam Gala Diraja anjuran Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norasyikin, di sini semalam. Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang bersama-sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Majlis Makan Malam Gala Diraja itu diadakan bersempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan…
KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat melawat Agroz EduFarm-in-City, sebuah ladang pertanian vertikal dalam bangunan yang terletak di sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju, di sini, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Agroz Group Sdn Bhd, Mr Gerard Lim Kim Meng; Pegawai Agroz, Isaac Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif Sustainable Modern Agriculture Cameron Highlands (SMACH), Dato’ Luuk Rania. Pada lawatan tersebut, Kebawah Duli Paduka Baginda…
KUANTAN, 1 Oktober 2026 – Seramai 58 individu menerima darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, di Istana Abdulaziz, hari ini, Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ke Balai Mahkota pada pukul 11 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang. Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan…
KUANTAN, 1 Oktober 2026 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, patik pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini bersamaan 19 Rabiulakhir 1448H. Patik pacal-pacal sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja dikurniakan umur yang panjang, kesihatan dan keafiatan, serta sentiasa dilimpahi kebahagiaan, keberkatan dan rahmat Allah SWT. Semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja sentiasa berada dalam lindungan dan pemeliharaan Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesejahteraan dan kejayaan…
On Monday, I kissed Tun Dr Hasmah Mohamed Ali goodbye and stayed through her final rites. Beside me, Tun Dr Mahathir Mohamad, the man who had shared 70 years of his life with her. To see him grieving the loss of his beloved wife was heartbreaking. Malaysia has lost a remarkable lady. Tun Dr Hasmah was exemplary in her devotion to her family, her service to the country and the grace with which she carried both. She leaves an example for us to emulate. I have also lost someone who treated me like a daughter. I called her Mummy. She…
KUANTAN, 29 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-30 Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd di sini, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda disambut Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Shikata Noriyuki; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Yang Dihormat Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib; Presiden Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd;, Mr. Tomoyuki Kashimura serta Pengerusi Kaneka Corporation, Mr. Kimikazu Sugawara. Pada majlis berkenaan Paduka Baginda berkenan menyempurnakan gimik Sambutan Ulang Tahun ke-30 Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd yang…





