LIPIS, 6 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian Kilang Peluru Ketech Asia Sdn Bhd di Kechau Tui, Padang Tengku di sini. Ketibaan Paduka Baginda disambut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Ketech Asia, Encik Nahar Nasir serta Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, YB Dato’ Sri Ir.Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Haji Abd.Razak. Paduka Baginda kemudiannya berkenan mendengar persembahan taklimat berkenaan operasi kilang sebelum melihat proses pembuatan peluru automasi…
Author: Kesultanan Pahang
KUANTAN 6 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hari ini berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Pengurniaan Surat Tawaran Penajaan Rawatan Persenyawaan Tabung Uji (IVF) kepada 65 pasangan di Hotel Grand Darul Makmur di sini hari ini. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binto Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz. Paduka Baginda yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) berkenan mengurniakan rawatan tersebut kepada 65 pasangan…
KUALA LUMPUR 5 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-268 bertempat di Istana Negara di sini. MRR Ke-268 yang berlangsung selama dua hari itu dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. – KESULTANAN PAHANG
KUALA LUMPUR 4 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-268 bertempat di Istana Negara di sini. MRR Ke-268 yang berlangsung selama dua hari itu dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. – KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 31 Januari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di Sabah dan Sarawak. Memetik laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, setakat jam 5 petang tadi, seramai 5,162 orang masih berada di 34 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan 1,789 ketua isi rumah (KIR). Dalam perkembangan berkaitan, jumlah mangsa banjir di Sarawak ialah seramai 10,787 orang melibatkan 3,039 buah keluarga ditempatkan di…
PEKAN, 14 Januari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat bercemar duli menziarahi waris lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin Sabtu lalu. Paduka Baginda tiba di Kampung Sepauk, Nenasi pada pukul 3.20 petang dan berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu serta bertanya khabar Semek Muda, 62, (ibu kepada salah seorang mangsa, Allahyarham Rahimah Awang Muda, 38) serta ahli keluarga yang lain. Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan dan meminta agar semua waris keluarga bersabar dan redha dengan kejadian…
PEKAN, 14 Januari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat bercemar duli menyampaikan kurniaan sumbangan kepada 100 orang asnaf di Masjid Nenasi di sini. Kurniaan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas diberikan kepada golongan asnaf yang disenaraikan di bawah Mukim Masjid Nenasi. -KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 27 Disember 2024,- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menghadiri Majlis Ilmu Bacaan Al-Quran Bertajwid diikuti solat Maghrib berjemaah, bacaan yasin dan tahlil serta solat Isyak bersama tetamu dan kakitangan di surau Istana Abdulaziz di sini semalam. Kelas Mengaji Al-Quran dikendalikan oleh Pegawai Agama Istana, Leftenan Kolonel Anuar Mohd Ehwal dengan mempelajari Hukum Mad manakala bacaan yasin dan tahlil dipimpin oleh Ustaz Haji Mohd Fadzli bin Ishak dari Masjid Al Muadzam Shah, Rompin. Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim…
CYBERJAYA, 7 Disember 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dari Universiti Multimedia (MMU), hari ini. Anugerah Ijazah Kehormat yang merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada tokoh yang memberi sumbangan besar kepada negara ini dipersembahkan oleh Canselor MMU, Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi kepada Paduka Baginda berdua pada Majlis Konvokesyen MMU ke-25 di Dewan Tunku Canselor, di sini. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan…
KUALA LUMPUR, 5 Disember 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat merasmikan Program Warna Warni Botani: Festival Fabrikasi yang diadakan di Taman Rimba Bukit Lagong di sini semalam. Ketibaan Paduka Baginda pada pukul 2.40 petang disambut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Seri Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Dato’ Seri Isham Ishak dan Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, Dato’ Fully Chye Goet Lee. Paduka Baginda selaku penaung PSJKM dipersembahkan dengan nyanyian khas sebelum berkenan menyempurnakan…







