KUALA LUMPUR, 3 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Berandam Surai paduka cucunda kepada YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Dato’ Sri Setia Hajjah Meriam binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah iaitu YM Tengku Puteri Mariam Ariana binti Tengku Aidy Ahmad Shah di Ampang Hilir, hari ini. Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin…
Author: Kesultanan Pahang
KUANTAN, 2 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik YH Dato’ Mohammad Sohaimi Bin Abdul Hamid dan YBHG Datin Aisyah Binti Abdullah di Awangan Palace di sini hari ini. Paduka Baginda berdua berangkat meraikan pasangan pengantin, Mohamad Aiman Hafez bin Rosman dan Cik Hafizah binti Dato’ Mohammad Sohaimi. Paduka Baginda berdua turut berkenan bergambar kenangan bersama pasangan pengantin dan…
KUANTAN, 1 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Tok Sira di sini hari ini. Turut berangkat sama, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Solat Jumaat dipimpin oleh Al Fadhil, Imam…
KUANTAN, 1 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur. Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang dicurahkan oleh para pekerja dalam memacu pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, peranan dan dedikasi setiap lapisan tenaga kerja adalah amat penting dalam memastikan kemajuan berterusan serta kestabilan ekonomi negeri…
KUANTAN, 30 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Dato’ Sri Hajjah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado, 94, yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.25 tengahari tadi akibat sakit tua. Paduka Baginda berdua mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Paduka Baginda berdua juga berharap agar segala urusan keluarga Allahyarhamah dipermudahkan serta tabah di atas kehilangan…
KUANTAN, 30 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Menempah Bidan di Istana Abdulaziz, hari ini. Pada majlis tersebut, Paduka Baginda berdua turut berkenan menyaksikan beberapa istiadat simbolik serta adat yang berkaitan, termasuk penyediaan kelengkapan tradisional yang digunakan dalam amalan penjagaan ibu hamil. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama ahli-ahli…
KUANTAN, 30 April 2026 – Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) dengan penuh hormat dan takzimnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas sambutan hari keputeraan YHM Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan pada hari ini, 30 April 2026 bersamaan 12 Zulkaedah 1447 Hijrah. Patik sekalian mendoakan semoga YHM Tengku Puan Bendahara sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat serta keberkatan, dan terus berada dalam lindungan Allah SWT. Semoga YHM Tengku Puan Bendahara dikurniakan kebahagiaan yang berterusan serta dipermudahkan segala urusan kehidupan di dunia dan akhirat kelak. -KESULTANAN PAHANG
TAIPING, 27 April 2026 – Seramai 14 pengiring rapat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selesai menyertai Kursus Asas Payung Terjun Static Ram Air Siri 2/2026, hari ini. Majlis Pemakaian Sayap Penerjunan dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad di Lapangan Terbang Tekah di sini. Turut hadir ialah Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Dato’ Sayani binti Haji Saidon dan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman…
KUANTAN, 27 April 2026 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 27 April 2026 bersamaan 9 Zulkaedah 1447H. Patik sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan dikurniakan umur yang panjang, kesihatan dan keafiatan serta sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Semoga jua Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan terus dilimpahi kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan dalam setiap langkah,…
KUALA LUMPUR, 26 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke program “RAGI: Visual Rhythms of Malay Tenun” yang berlangsung di Harta Space, Ampang, di sini semalam. Keberangkatan tiba Paduka Baginda telah disambut oleh para jemputan kehormat serta pihak penganjur termasuk wakil daripada CIMB Group dan komuniti seni serta warisan tekstil tempatan. Program berkenaan menampilkan pengisian yang memfokuskan kepada keindahan dan keunikan seni tenunan Melayu, termasuk sesi “Unveiling the Masterpiece: A Curated Experience”, forum kurasi muzium serta perkongsian eksklusif berkaitan busana istana melalui…






